PENDAHULUAN
Perkembangan dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology)
atau dipanggil “Teknologi Komunikasi dan Maklumat”, khususnya dalam pendidikan,
bukan lagi merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Perkembangan ICT menjanjikan
potensi besar, terutama dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara seseorang
belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat, dan sebagainya.
Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam mengintegrasikan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua
peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku merupakan elemen penting dalam
meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pendidikan sukan juga tidak terkecuali
dari tempias perkembangan ICT yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses
P&P yang berlaku di sekolah Sukan. 
Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah
bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk mentransformasikan  pendidikan agar
bangsa Malaysia abad ke 21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah
berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah
anjakan  paradikma pengajar dan pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam
meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan  pengetahuan pelajar melalui penggunaan
teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat
untuk merevolusikan  pembelajaran,
memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi
sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara
sekolah)sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT
dalam  pendidikan dari kaca mata KPM
merangkumi 3 polisi utama
1. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT
digunakan sebagai sesuatu yang  boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
2. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah
sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek
tersendiri.
3. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti,
kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
  Selain daripada bidang
pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan  besar kepada usaha membangunkan Malaysia
sebagai sebuah ekonomi berasaskan 
pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama
dalam  proses pembangunan bagi
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat untuk mengarusperdanakan
akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas serta menggalakkan
penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan
DAPATAN KAJIAN KERJA LAPANGAN
Program: Sukan dan Rekreasi
1.0   Tajuk
Kajian
Penggunaan
ICT Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
2.0   Pengenalan
Dan Latar Belakang Kajian
•       
Ditubuhkan
: 1 Januari 1996
•       
Diiktiraf
sebagai : Sekolah Kluster pada April 2008
•       
Bawah
Tadbiran : Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia
•       
Lokasi
: Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
•       
Keluasan
: 5.7 hektar
•       
Bilangan
Staf :
•       
Guru
Akademik : 77
•       
Jurulatih
: 21
•       
Staf
Sokongan : 42
2.1   Misi,
Visi Dan Objektif
Misi
Menyediakan pendidikan dan latihan sukan berkualiti untuk
melahirkan atlet pelajar bertaraf dunia
Visi
SSBJ PENJANA ATLET BERTARAF DUNIA
OBJEKTIF SSBJ
Menjana atlet berpotensi dan bertaraf dunia. Memberi peluang
kepada pelajar di Malaysia cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Memupuk
minat dan penglibatan sepanjang hayat dalam bidang sukan.  Menyampaikan maklumat kerjaya dalam industri
sukan seperti Pegawai Pentabir Sukan, Psikologi Sukan, Jurulatih dan Pelatih. Mewujudkan
satu asas untuk kajian saintifik dalam bidang sukan
2.2   Maksud
ICT Dalam P&P
Bermaksud menggunakan ICT secara
terancang dan bersesuaian  untuk
meningkatkan kecekapan dalam proses P&P. 
2.3   Tujuan
Kajian
Dilakukan untuk mengetahui tahap
pengetahuan pelajar SSBJ tentang penggunaan ICT. 
2.4   Kaedah
Kajian
Kami telah menjalankan kaedah
kuantitatif iaitu kaedah soal selidik kepada pelajar di SSBJ. 
2.5   Kepentingan
Kajian
Kajian ini amat penting kerana ia dapat
dijadikan sebagai asas bagi mengukur tahap pendedahan pelajar sekolah terhadap ICTdi
sekolah. Selain itu, pihak-pihak tertentu terutamanya pihak sekolah perlu
memberi penekanan bagi penambahbaikan supaya pelajar lebih terdedah kepada
pengetahuan ICT di peringkat lebih awal. Diharapkan dapatan kajian ini akan
dapat memenuhi keperluan pelbagai pihak terutamanya pihak sekolah dan guru
supaya pengetahuan ICT  ini dapat
ditekankan dengan lebih mendalam kepada pelajar sekolah sukan.
Disamping itu, kajian ini diharapkan
dapat membantu pihak sekolah menyelami kepakaran, fungsi dan peranan guru-guru
yang terlibat dalam  mendedahkan
pengetahuan ICT kepada pelajar. Guru-guru dapat memantapkan lagi ilmu berkaitan
tugas masing-masing yang mana diukur daripada tahap persepsi dan pandangan
pelajar daripada perkhidmatan yang disampaikan oleh mereka. 
3.0  
Objektif kajian
Objektif kajian ini
dijalankan adalah untuk :
                      
I.           
Mengetahui persepsi
pelajar SSBJ terhadap ICT.
                    
II.           
Mengkaji sama ada
pelajar mengetahui mengenai penggunaan komputer.
                  
III.           
Mengetahui tahap
pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar.
                  
IV.           
Menilai tentang
pengetahuan  ICT pelajar SSBJ.
4.0  
Persoalan kajian
i.                    
Apakah persepsi
pelajar terhadap ICT?
ii.                  
Adakah pelajar
SSBJ berpengetahuan tentang penggunaan komputer?
iii.                 
Adakah pihak
sekolah SSBJ memberi pendedahan ICT kepada pelajar?
iv.                
Adakah pelajar SSBJ
berpengetahuan tentang ICT
5.0  
Metodologi kajian
5.1 Pensampelan 
Sampel kajian merupakan
pelajar sekolah sukan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil yang terdiri daripada 30
orang pelajar. Cara pemilihan sampel kajian adalah secara rawak iaitu terdiri
daripada beberapa atlet dalam bidang sukan yang diceburi masing-masing.
5.2 Instrumen kajian 
Instrumen kajian dijalankan
dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Dalam borang soal selidik
tersebut terdapat empat bahagian iaitu bahagian A, bahagain B, bahagian C, dan
bahagian D. Bahagian A adalah mengenai latar belakang responden, bahagian B mengetahui
persepsi pelajar SSBJ terhadap ICT, manakala bahagian C ialah mengetahui tahap
pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar. Bahagian D pula adalah menilai
tentang pengetahuan  ICT pelajar SSBJ.
5.2.1 Bahagian A – ( Latar Belakang Responden )
Bahagian A bertujuan untuk memperoleh data demografi sampel kajian.
1. Jantina
2. Umur
3. Kaum
4. Bidang sukan yang diceburi
5.2.2 Bahagian B – ( Persepsi Pelajar SSBJ Terhadap ICT )
Bahagian B adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap ICT sama ada mendapat respon yang positif atau negatif. Jawapan yang diberikan ialah Ya dan Tidak.
1. Adakah kelas ICT telah membazirkan masa pelajar?
2. Adakah kelas ICT memberi kelebihan kepada prestasi sukan di SSBJ?
3. Adakah kelas ICT mengganggu jadual latihan sukan pelajar?
4. Dengan menggunakan teknologi ICT, adakah pelajar dapat mencari panduan ‘skill’ sukan melaluinya?
5. Adakah kelas ICT memberi pendedahan terhadap sukan yang diceburi oleh seseorang atlit?6. Adakah prestasi pelajaran pelajar meningkat apabila mengikuti kelas ICT?
7. Adakah kelas ICT membosankan pelajar?
8. Adakah kelas ICT membantu pelajar mengenali dunia luar?
5.2.3 Bahagian C – ( Tahap Pendedahan ICT Di Sekolah Kepada Pelajar )
Bahagian C pula adalah untuk memantau sejauh manakah peranan sekolah dalam memberi pendedahan ICT kepada pelajarnya. Jawapan yang diberikan ialah Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.
1. Sekolah memberi pendedahan kepada pelajar tentang ICT
2. Program berkenaan ICT giat dijalankan di sekolah
3. Guru ICT sangat menitikberatkan matapelajaran ICT
4. Kelas ICT digunakan sebaiknya oleh guru
5. Guru selalu memberi latihan tentang ICT
6. Sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan komputer
5.2.4 Bahagian D – ( Penilaian Terhadap Pengetahuan ICT Pelajar SSBJ )
Bahagian D seterusnya adalah untuk menilai tahap sebenar pelajar tentang pengetahuan ICT mereka. Jawapan yang diberikan adalah YA atau Tidak sahaja.
1. 1gb bersamaan dengan 100mb
2. Kegunaan roda tetikus adalah untuk mengawal margin dan tetingkap windows
3. Untuk membina dokumen baru dengan menggunakan kekunci pintasan papan kekunci Ctrl + N
4. Kaedah merekabentuk brochure sesebuah organisasi menggunakan format Bullets
5. Untuk memilih keseluruhan perenggan dengan pantas menggunakan tetikus. Kaedah yang betul ialah klik dan seret.
6. Kegunaan kekunci Print Screen pada papan kekunci bertujuan untuk mematikan komputer.
5.2.1 Bahagian A – ( Latar Belakang Responden )
Bahagian A bertujuan untuk memperoleh data demografi sampel kajian.
1. Jantina
2. Umur
3. Kaum
4. Bidang sukan yang diceburi
5.2.2 Bahagian B – ( Persepsi Pelajar SSBJ Terhadap ICT )
Bahagian B adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap ICT sama ada mendapat respon yang positif atau negatif. Jawapan yang diberikan ialah Ya dan Tidak.
1. Adakah kelas ICT telah membazirkan masa pelajar?
2. Adakah kelas ICT memberi kelebihan kepada prestasi sukan di SSBJ?
3. Adakah kelas ICT mengganggu jadual latihan sukan pelajar?
4. Dengan menggunakan teknologi ICT, adakah pelajar dapat mencari panduan ‘skill’ sukan melaluinya?
5. Adakah kelas ICT memberi pendedahan terhadap sukan yang diceburi oleh seseorang atlit?6. Adakah prestasi pelajaran pelajar meningkat apabila mengikuti kelas ICT?
7. Adakah kelas ICT membosankan pelajar?
8. Adakah kelas ICT membantu pelajar mengenali dunia luar?
5.2.3 Bahagian C – ( Tahap Pendedahan ICT Di Sekolah Kepada Pelajar )
Bahagian C pula adalah untuk memantau sejauh manakah peranan sekolah dalam memberi pendedahan ICT kepada pelajarnya. Jawapan yang diberikan ialah Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.
1. Sekolah memberi pendedahan kepada pelajar tentang ICT
2. Program berkenaan ICT giat dijalankan di sekolah
3. Guru ICT sangat menitikberatkan matapelajaran ICT
4. Kelas ICT digunakan sebaiknya oleh guru
5. Guru selalu memberi latihan tentang ICT
6. Sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan komputer
5.2.4 Bahagian D – ( Penilaian Terhadap Pengetahuan ICT Pelajar SSBJ )
Bahagian D seterusnya adalah untuk menilai tahap sebenar pelajar tentang pengetahuan ICT mereka. Jawapan yang diberikan adalah YA atau Tidak sahaja.
1. 1gb bersamaan dengan 100mb
2. Kegunaan roda tetikus adalah untuk mengawal margin dan tetingkap windows
3. Untuk membina dokumen baru dengan menggunakan kekunci pintasan papan kekunci Ctrl + N
4. Kaedah merekabentuk brochure sesebuah organisasi menggunakan format Bullets
5. Untuk memilih keseluruhan perenggan dengan pantas menggunakan tetikus. Kaedah yang betul ialah klik dan seret.
6. Kegunaan kekunci Print Screen pada papan kekunci bertujuan untuk mematikan komputer.
6.0 Reka bentuk kajian 
6.1 Kaedah Kuantitatif
Reka bentuk
kajian ialah dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian kuantitatif
merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih
bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah
"kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti
merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat.
Berdasarkan
kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data
numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri
positif dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental dan data
numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan
kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis
Kaedah ini
mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah segala data yang dikaji senang
diurus kerana ia dapat dikategorikan dalam bentuk nombor. Kesimpulan yang
dibuat juga adalah lebih tepat dan mempunyai darjah penerimaan yang lebih
tinggi kerana ia dapat dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan.
Dalam kajian ini,
analisis kuantitatif diperolehi daripada hasil pengumpulan borang soal selidik.
Data yang diperolehi akan dikumpul, direkod, dianalisis, dan disimpulkan. Data
dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor analisis dan kaedah statistik asas.
Objektif kajian 
 | 
  
Persoalan kajian 
 | 
  
Item soalan selidik/
  temu bual 
 | 
  
Kaedah analisis data 
 | 
  
Dapatan kajian 
 | 
 
Objektif 2 
 | 
  
Persoalan kajian1 
 | 
  |||
. 
Mengetahui
  persepsi pelajar SSBJ terhadap ICT. 
 | 
  
Apakah persepsi pelajar 
terhadap ICT? 
 | 
  
Bahagian B ( soalan 1 - 8) 
 | 
  
SPSS 
 | 
  
Ya = 124 
Tidak = 116 
 | 
 
Objektif 3 
 | 
  
Persoalan Kajian 3 
 | 
  |||
Mengetahui
  tahap pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar. 
 | 
  
Adakah pihak
  sekolah SSBJ memberi pendedahan ICT kepada pelajar? 
 | 
  
Bahagian C (
  soalan 1 – 6 ) 
 | 
  
SPSS 
 | 
  
Sangat tidak setuju =
   
Tidak setuju = 
  5 
Tidak pasti =  25 
Setuju = 101 
Sangat  setuju
  =  49 
 | 
 
Objektif kajian 4 
 | 
  
Persoalan kajian 4 
 | 
  |||
Menilai tentang
  pengetahuan  ICT pelajar SSBJ. 
 | 
  
Adakah pelajar SSBJ
  berpengetahuan tentang ICT 
 | 
  
Bahagian D (
  soalan 1 – 6 ) 
 | 
  
SPSS 
 | 
  
 YA = 94 
Tidak = 91 
 | 
 
1.0  
Rumusan
Elemen Dalam Model Saale 
 | 
  
Komponen 
 | 
  
Dapatan Kajian 
 | 
 
Adaptasi persekitaran 
 | 
  
Sosioemosi – Sikap pelajar 
 | 
  
Sikap pelajar tentang penggunaan
  ICT adalah pelajar mempunyai persepsi bahawa ICT merupakan subjek yang
  penting pada masa kini dan pelajar tahu bahawa melalui penggunaan ICT kepada
  atlet secara langsung dapat meningkatkan mutu sukan para atlit tersebut.
  Pelajar mempunyai persepsi bahawa sesoarang atlet mampu memperoleh banyak
  matlumat tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan sukan contohnya dalam
  aspek kecergasan, pemakanan atlit dan sebagainya. Pelajar juga berpendapat
  bahawa kekurangan pengetahuan tentang penggunaan ICT akan menyebabkan mereka
  seolah ketinggalan zaman kerana ICT merupakan salah satu platform yang penting
  dalam industry sukan pada masa kini.  Pelajar
  sangat bersetuju bahawa atlet yang berpengetahuan dalam ICT mampu membuka
  minda mereka untuk kepentingan masa depan karier mereka. Oleh itu, mereka
  sedar bahawa pentingnya pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan ICT di
  sekolah yang mampu memberi kelebihan dan manfaat kepada diri mereka
  seterusnya dapat membantu meningkatkan mutu sukan di Negara ini. Para pelajar
  juga mengharapkan agar pendedahan tentang ICT lebih giat dijalankan di
  sekolah agar semua atlit dapat memahirkan diri mereka untuk menguasai bidang
  ICT ini.  
 | 
 
Sosioemosi – Kemahiran
  sosial rakan sebaya 
 | 
  
Pelajar sangat bersetuju
  bahawa sebagai seorang atlet, mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai ICT
  juga. Walaupun begitu, pelajar tidak pasti sama ada rakan mereka pernah
  berkongsi maklumat mengenai ICT dengan mereka. Namun pelajar bersetuju bahawa
  mereka pernah membincangkan kegunaan ICT dalam sukan bersama dengan rakan dan
  daripada perbincangan tersebut, ada sesetengah pelajar yang mendapat input
  hasil daripada perbincangan dan ada juga yang tidak pasti samada mereka
  mendapat input atau tidak hasil daripada perbincangan bersama rakan tersebut.
   
 | 
 |
Sosioemosi – Kemahiran
  sosial di sekolah 
 | 
  
Pelajar mengetahui subjek
  ICT melalui guru kerana guru menekankan mengenai pembelajaran ICT dan guru
  ada menceritakan kepentingan ICT kepada pelajar semasa waktu pembelajaran dan
  pengajaran. Guru juga ada memberikan tugasan mengenai ICT dan pelajar
  mendapat input hasil daripada tugasan tersebut.  
 | 
 |
Adaptasi Pengajaran 
 | 
  
Kandungan 
 | 
  
Pihak sekolah ada
  mendedahkan maklumat mengenai ICT kepada pelajar dan pihak sekolah juga ada mengetengahkan
  kepentingan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan kehidupan pelajar. 
 | 
 
Media 
 | 
  
Pelajar tidak pasti sama
  ada subjek ICT penting untuk mencari ilmu berkenaan dengan sukan yang mereka
  ceburi. Namun begitu, pihak sekolah ada menampalkan/mempamerkan maklumat
  mengenai ICT dalam sukan di papan kenyataan sekolah bagi tujuan pelajar
  mendapat input yang lebih mengenai ICT dalam sukan. 
 | 
 |
Adaptasi Penilaian 
 | 
  
Penilaian 
 | 
  
Pelajar terdedah kepada
  pengetahuan isu ICT kerana pihak sekolah mengadakan program yang berkaitan
  dengan ICT di sekolah dan program tersebut dapat menarik minat pelajar. Hasil
  daripada program-program yang diadakan oleh pihak sekolah tersebut, pelajar
  mendapat input yang berguna dan pelajar akan terus menyokong penuh terhadap
  setiap program yang diadakan  disekolah
  terutama sekali mengenai cara penggunaan ICT dengan betul. 
 | 
 
 Penutup
            Kajian ini telah
memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi bahawa ICT
merupakan subjek yang penting pada masa kini dan pelajar tahu bahawa melalui
penggunaan ICT kepada atlet secara langsung dapat meningkatkan mutu sukan para
atlit tersebut. Pelajar mempunyai persepsi bahawa sesoarang atlet mampu
memperoleh banyak matlumat tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan sukan
contohnya dalam aspek kecergasan, pemakanan atlit dan sebagainya. 
Pelajar juga berpendapat bahawa kekurangan
pengetahuan tentang penggunaan ICT akan menyebabkan mereka seolah ketinggalan
zaman kerana ICT merupakan salah satu platform yang penting dalam industry
sukan pada masa kini.  Pelajar sangat
bersetuju bahawa atlet yang berpengetahuan dalam ICT mampu membuka minda mereka
untuk kepentingan masa depan karier mereka. Oleh itu, mereka sedar bahawa
pentingnya pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan ICT di sekolah yang
mampu memberi kelebihan dan manfaat kepada diri mereka seterusnya dapat membantu
meningkatkan mutu sukan di Negara ini. Para pelajar juga mengharapkan agar
pendedahan tentang ICT lebih giat dijalankan di sekolah agar semua atlit dapat
memahirkan diri mereka untuk menguasai bidang ICT ini.
           Pelajar
sangat bersetuju bahawa sebagai seorang atlet, mereka perlu mempunyai
pengetahuan mengenai ICT juga. Walaupun begitu, pelajar tidak pasti sama ada
rakan mereka pernah berkongsi maklumat mengenai ICT dengan mereka. Namun
pelajar bersetuju bahawa mereka pernah membincangkan kegunaan ICT dalam sukan
bersama dengan rakan dan daripada perbincangan tersebut, ada sesetengah pelajar
yang mendapat input hasil daripada perbincangan dan ada juga yang tidak pasti
samada mereka mendapat input atau tidak hasil daripada perbincangan bersama
rakan tersebut. 
RUJUKAN
Ee Ah Meng (1989).
Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur 
Ekhwan bin Besah / Sitam
(2004). Kemahiran Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Batu Pahat Menggunakan
Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia.
Tesis Sarjana Muda
Geisert & Futrell,
(1990). Teacher, Computer And Curriculum-Micro Computer In The Classroom.
Boston: Allyn and Bacon.
Mohd. Izham Mohd. Hamzah,
Sufean Hussin,(2009). Pengurusan perubahan terancang dalam pembestarian
sekolah: proses pelaksanaan polisi. Penerbit Universiti Malaya.
R.Jeyagobi,
S.Subramaniam,(2007), Bestari Pembestarian Proses Pengajaran dan Pengajaran.
Mahir Holdings Sdn.Bhd.
GhaffarianHoseini,
AmirHosein and Ibrahim, Rahinah and Baharuddin, Mohd Nasir and
GhaffarianHoseini, Ali (2011) Creating green culturally responsive intelligent
buildings: Socio-cultural and environmental influences. Journal of Intelligent
Building International, 3 (1). pp. 5-23. ISSN 1750-8975
Thomas, C. H. and Wan Ismail, Wan Ishak and
Rollason, S. H. (1980) Mechanical and rheological properties of selected
varieties of
Penulisan esei ini sangat menarik ditambah pula dengan isinya yang bertepatan dengan tajuk yang diberi.
ReplyDelete