Wednesday, 11 December 2013

ESEI BERKUMPULAN - Penggunaan ICT Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)

PENDAHULUAN

Perkembangan dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology) atau dipanggil “Teknologi Komunikasi dan Maklumat”, khususnya dalam pendidikan, bukan lagi merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar, terutama dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat, dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku merupakan elemen penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pendidikan sukan juga tidak terkecuali dari tempias perkembangan ICT yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses P&P yang berlaku di sekolah Sukan.

Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan  pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke 21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan  paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan  pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan  pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah)sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam  pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama


1. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang  boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
2. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
3. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.

  Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan  besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan  pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam  proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan


DAPATAN KAJIAN KERJA LAPANGAN
Program: Sukan dan Rekreasi


1.0   Tajuk Kajian
Penggunaan ICT Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)

2.0   Pengenalan Dan Latar Belakang Kajian

        Ditubuhkan : 1 Januari 1996
        Diiktiraf sebagai : Sekolah Kluster pada April 2008
        Bawah Tadbiran : Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia
        Lokasi : Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
        Keluasan : 5.7 hektar
        Bilangan Staf :
        Guru Akademik : 77
        Jurulatih : 21
        Staf Sokongan : 42

2.1   Misi, Visi Dan Objektif

Misi
Menyediakan pendidikan dan latihan sukan berkualiti untuk melahirkan atlet pelajar bertaraf dunia
Visi
SSBJ PENJANA ATLET BERTARAF DUNIA

OBJEKTIF SSBJ
Menjana atlet berpotensi dan bertaraf dunia. Memberi peluang kepada pelajar di Malaysia cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Memupuk minat dan penglibatan sepanjang hayat dalam bidang sukan.  Menyampaikan maklumat kerjaya dalam industri sukan seperti Pegawai Pentabir Sukan, Psikologi Sukan, Jurulatih dan Pelatih. Mewujudkan satu asas untuk kajian saintifik dalam bidang sukan
2.2   Maksud ICT Dalam P&P
Bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian  untuk meningkatkan kecekapan dalam proses P&P.

2.3   Tujuan Kajian
Dilakukan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar SSBJ tentang penggunaan ICT.

2.4   Kaedah Kajian
Kami telah menjalankan kaedah kuantitatif iaitu kaedah soal selidik kepada pelajar di SSBJ.

2.5   Kepentingan Kajian
Kajian ini amat penting kerana ia dapat dijadikan sebagai asas bagi mengukur tahap pendedahan pelajar sekolah terhadap ICTdi sekolah. Selain itu, pihak-pihak tertentu terutamanya pihak sekolah perlu memberi penekanan bagi penambahbaikan supaya pelajar lebih terdedah kepada pengetahuan ICT di peringkat lebih awal. Diharapkan dapatan kajian ini akan dapat memenuhi keperluan pelbagai pihak terutamanya pihak sekolah dan guru supaya pengetahuan ICT  ini dapat ditekankan dengan lebih mendalam kepada pelajar sekolah sukan.
Disamping itu, kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah menyelami kepakaran, fungsi dan peranan guru-guru yang terlibat dalam  mendedahkan pengetahuan ICT kepada pelajar. Guru-guru dapat memantapkan lagi ilmu berkaitan tugas masing-masing yang mana diukur daripada tahap persepsi dan pandangan pelajar daripada perkhidmatan yang disampaikan oleh mereka.

3.0   Objektif kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :
                       I.            Mengetahui persepsi pelajar SSBJ terhadap ICT.
                     II.            Mengkaji sama ada pelajar mengetahui mengenai penggunaan komputer.
                   III.            Mengetahui tahap pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar.
                   IV.            Menilai tentang pengetahuan  ICT pelajar SSBJ.

4.0   Persoalan kajian
i.                     Apakah persepsi pelajar terhadap ICT?
ii.                   Adakah pelajar SSBJ berpengetahuan tentang penggunaan komputer?
iii.                  Adakah pihak sekolah SSBJ memberi pendedahan ICT kepada pelajar?
iv.                 Adakah pelajar SSBJ berpengetahuan tentang ICT

5.0   Metodologi kajian

5.1 Pensampelan
Sampel kajian merupakan pelajar sekolah sukan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil yang terdiri daripada 30 orang pelajar. Cara pemilihan sampel kajian adalah secara rawak iaitu terdiri daripada beberapa atlet dalam bidang sukan yang diceburi masing-masing.


5.2 Instrumen kajian
Instrumen kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Dalam borang soal selidik tersebut terdapat empat bahagian iaitu bahagian A, bahagain B, bahagian C, dan bahagian D. Bahagian A adalah mengenai latar belakang responden, bahagian B mengetahui persepsi pelajar SSBJ terhadap ICT, manakala bahagian C ialah mengetahui tahap pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar. Bahagian D pula adalah menilai tentang pengetahuan  ICT pelajar SSBJ.

5.2.1 Bahagian  A – ( Latar Belakang Responden )
Bahagian A bertujuan untuk memperoleh data demografi sampel kajian.
1.       Jantina
2.       Umur
3.       Kaum
4.       Bidang sukan yang diceburi

5.2.2 Bahagian B – ( Persepsi Pelajar SSBJ Terhadap ICT )
Bahagian B adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap ICT sama ada mendapat respon yang positif atau negatif. Jawapan yang diberikan ialah Ya dan Tidak.
1.       Adakah kelas ICT telah membazirkan masa pelajar?
2.       Adakah kelas ICT memberi kelebihan kepada prestasi sukan di SSBJ?
3.       Adakah kelas ICT mengganggu jadual latihan sukan pelajar?
4.      Dengan menggunakan teknologi ICT, adakah pelajar dapat mencari panduan ‘skill’ sukan                melaluinya?
5.      Adakah kelas ICT memberi pendedahan terhadap sukan yang diceburi oleh seseorang atlit?6.                Adakah prestasi pelajaran pelajar meningkat apabila mengikuti kelas ICT?
7.       Adakah kelas ICT membosankan pelajar?
8.       Adakah kelas ICT membantu pelajar mengenali dunia luar?

5.2.3 Bahagian C – ( Tahap Pendedahan ICT Di Sekolah Kepada Pelajar )
Bahagian C pula adalah untuk memantau sejauh manakah peranan sekolah dalam memberi pendedahan ICT kepada pelajarnya. Jawapan yang diberikan ialah Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.
1.       Sekolah memberi pendedahan kepada pelajar tentang ICT
2.       Program berkenaan ICT giat dijalankan di sekolah
3.       Guru ICT sangat menitikberatkan matapelajaran ICT
4.       Kelas ICT digunakan sebaiknya oleh guru
5.       Guru selalu memberi latihan tentang ICT
6.       Sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan komputer

5.2.4 Bahagian D – ( Penilaian Terhadap Pengetahuan ICT Pelajar SSBJ )
Bahagian D seterusnya adalah untuk menilai tahap sebenar pelajar tentang pengetahuan ICT mereka. Jawapan yang diberikan adalah YA atau Tidak sahaja.
1.       1gb bersamaan dengan 100mb
2.       Kegunaan roda tetikus adalah untuk mengawal margin dan tetingkap windows
3.      Untuk membina dokumen baru dengan menggunakan kekunci pintasan papan kekunci Ctrl + N
4.      Kaedah merekabentuk brochure sesebuah organisasi menggunakan format Bullets
5.     Untuk memilih keseluruhan perenggan dengan pantas menggunakan tetikus. Kaedah yang betul      ialah klik dan seret.
6.    Kegunaan kekunci Print Screen pada papan kekunci bertujuan untuk mematikan komputer.

6.0 Reka bentuk kajian
6.1 Kaedah Kuantitatif
Reka bentuk kajian ialah dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat.

Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positif dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis

Kaedah ini mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah segala data yang dikaji senang diurus kerana ia dapat dikategorikan dalam bentuk nombor. Kesimpulan yang dibuat juga adalah lebih tepat dan mempunyai darjah penerimaan yang lebih tinggi kerana ia dapat dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan.

Dalam kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada hasil pengumpulan borang soal selidik. Data yang diperolehi akan dikumpul, direkod, dianalisis, dan disimpulkan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor analisis dan kaedah statistik asas.

Objektif kajian
Persoalan kajian
Item soalan selidik/ temu bual
Kaedah analisis data
Dapatan kajian
Objektif 2
Persoalan kajian1



.
Mengetahui persepsi pelajar SSBJ terhadap ICT.

Apakah persepsi pelajar
terhadap ICT?

Bahagian B ( soalan 1 - 8)

SPSS

Ya = 124
Tidak = 116


Objektif 3

Persoalan Kajian 3




Mengetahui tahap pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar.

Adakah pihak sekolah SSBJ memberi pendedahan ICT kepada pelajar?

Bahagian C ( soalan 1 – 6 )

SPSS

Sangat tidak setuju =
Tidak setuju =  5
Tidak pasti =  25
Setuju = 101
Sangat  setuju =  49




Objektif kajian 4
Persoalan kajian 4




Menilai tentang pengetahuan  ICT pelajar SSBJ.

Adakah pelajar SSBJ berpengetahuan tentang ICT

Bahagian D ( soalan 1 – 6 )

SPSS

 YA = 94
Tidak = 91


1.0   Rumusan

Elemen Dalam Model Saale
Komponen
Dapatan Kajian
Adaptasi persekitaran





















Sosioemosi – Sikap pelajar
Sikap pelajar tentang penggunaan ICT adalah pelajar mempunyai persepsi bahawa ICT merupakan subjek yang penting pada masa kini dan pelajar tahu bahawa melalui penggunaan ICT kepada atlet secara langsung dapat meningkatkan mutu sukan para atlit tersebut. Pelajar mempunyai persepsi bahawa sesoarang atlet mampu memperoleh banyak matlumat tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan sukan contohnya dalam aspek kecergasan, pemakanan atlit dan sebagainya. Pelajar juga berpendapat bahawa kekurangan pengetahuan tentang penggunaan ICT akan menyebabkan mereka seolah ketinggalan zaman kerana ICT merupakan salah satu platform yang penting dalam industry sukan pada masa kini.  Pelajar sangat bersetuju bahawa atlet yang berpengetahuan dalam ICT mampu membuka minda mereka untuk kepentingan masa depan karier mereka. Oleh itu, mereka sedar bahawa pentingnya pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan ICT di sekolah yang mampu memberi kelebihan dan manfaat kepada diri mereka seterusnya dapat membantu meningkatkan mutu sukan di Negara ini. Para pelajar juga mengharapkan agar pendedahan tentang ICT lebih giat dijalankan di sekolah agar semua atlit dapat memahirkan diri mereka untuk menguasai bidang ICT ini.

Sosioemosi – Kemahiran sosial rakan sebaya
Pelajar sangat bersetuju bahawa sebagai seorang atlet, mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai ICT juga. Walaupun begitu, pelajar tidak pasti sama ada rakan mereka pernah berkongsi maklumat mengenai ICT dengan mereka. Namun pelajar bersetuju bahawa mereka pernah membincangkan kegunaan ICT dalam sukan bersama dengan rakan dan daripada perbincangan tersebut, ada sesetengah pelajar yang mendapat input hasil daripada perbincangan dan ada juga yang tidak pasti samada mereka mendapat input atau tidak hasil daripada perbincangan bersama rakan tersebut.

Sosioemosi – Kemahiran sosial di sekolah
Pelajar mengetahui subjek ICT melalui guru kerana guru menekankan mengenai pembelajaran ICT dan guru ada menceritakan kepentingan ICT kepada pelajar semasa waktu pembelajaran dan pengajaran. Guru juga ada memberikan tugasan mengenai ICT dan pelajar mendapat input hasil daripada tugasan tersebut.





Adaptasi Pengajaran

Kandungan

Pihak sekolah ada mendedahkan maklumat mengenai ICT kepada pelajar dan pihak sekolah juga ada mengetengahkan kepentingan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan kehidupan pelajar.

Media
Pelajar tidak pasti sama ada subjek ICT penting untuk mencari ilmu berkenaan dengan sukan yang mereka ceburi. Namun begitu, pihak sekolah ada menampalkan/mempamerkan maklumat mengenai ICT dalam sukan di papan kenyataan sekolah bagi tujuan pelajar mendapat input yang lebih mengenai ICT dalam sukan.

Adaptasi Penilaian
Penilaian
Pelajar terdedah kepada pengetahuan isu ICT kerana pihak sekolah mengadakan program yang berkaitan dengan ICT di sekolah dan program tersebut dapat menarik minat pelajar. Hasil daripada program-program yang diadakan oleh pihak sekolah tersebut, pelajar mendapat input yang berguna dan pelajar akan terus menyokong penuh terhadap setiap program yang diadakan  disekolah terutama sekali mengenai cara penggunaan ICT dengan betul.




 Penutup

            Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi bahawa ICT merupakan subjek yang penting pada masa kini dan pelajar tahu bahawa melalui penggunaan ICT kepada atlet secara langsung dapat meningkatkan mutu sukan para atlit tersebut. Pelajar mempunyai persepsi bahawa sesoarang atlet mampu memperoleh banyak matlumat tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan sukan contohnya dalam aspek kecergasan, pemakanan atlit dan sebagainya.

Pelajar juga berpendapat bahawa kekurangan pengetahuan tentang penggunaan ICT akan menyebabkan mereka seolah ketinggalan zaman kerana ICT merupakan salah satu platform yang penting dalam industry sukan pada masa kini.  Pelajar sangat bersetuju bahawa atlet yang berpengetahuan dalam ICT mampu membuka minda mereka untuk kepentingan masa depan karier mereka. Oleh itu, mereka sedar bahawa pentingnya pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan ICT di sekolah yang mampu memberi kelebihan dan manfaat kepada diri mereka seterusnya dapat membantu meningkatkan mutu sukan di Negara ini. Para pelajar juga mengharapkan agar pendedahan tentang ICT lebih giat dijalankan di sekolah agar semua atlit dapat memahirkan diri mereka untuk menguasai bidang ICT ini.

           Pelajar sangat bersetuju bahawa sebagai seorang atlet, mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai ICT juga. Walaupun begitu, pelajar tidak pasti sama ada rakan mereka pernah berkongsi maklumat mengenai ICT dengan mereka. Namun pelajar bersetuju bahawa mereka pernah membincangkan kegunaan ICT dalam sukan bersama dengan rakan dan daripada perbincangan tersebut, ada sesetengah pelajar yang mendapat input hasil daripada perbincangan dan ada juga yang tidak pasti samada mereka mendapat input atau tidak hasil daripada perbincangan bersama rakan tersebut.



RUJUKAN

Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur
Ekhwan bin Besah / Sitam (2004). Kemahiran Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Batu Pahat Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda
Geisert & Futrell, (1990). Teacher, Computer And Curriculum-Micro Computer In The Classroom. Boston: Allyn and Bacon.
Mohd. Izham Mohd. Hamzah, Sufean Hussin,(2009). Pengurusan perubahan terancang dalam pembestarian sekolah: proses pelaksanaan polisi. Penerbit Universiti Malaya.
R.Jeyagobi, S.Subramaniam,(2007), Bestari Pembestarian Proses Pengajaran dan Pengajaran. Mahir Holdings Sdn.Bhd.
GhaffarianHoseini, AmirHosein and Ibrahim, Rahinah and Baharuddin, Mohd Nasir and GhaffarianHoseini, Ali (2011) Creating green culturally responsive intelligent buildings: Socio-cultural and environmental influences. Journal of Intelligent Building International, 3 (1). pp. 5-23. ISSN 1750-8975


Thomas, C. H. and Wan Ismail, Wan Ishak and Rollason, S. H. (1980) Mechanical and rheological properties of selected varieties of